HAWA DINGIN KENDERAAN

KENAIKAN HARGA BAHAN MENTAH

Memandangkan isu-isu kenaikan harga barang yang sedang hangat di perkatakan. Syarikat kami juga terpaksa mengikut perkembangan yang berlaku ini. Namun setiap servis yang di berikan memerlukan perbincangan yang telus bersama pelanggan sebelum kerja-kerja di jalankan.


PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN LORI PERKASA


PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN PERODUA ALZA



PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN PROTON BLM






PENYELENGGARAAN HAWA DINGIN PERODUA MYVI









PENYELENGGARAAN BLOWER BELAKANG NAZA RIA.


Proses untuk menjalankan penyelenggaraan blower belakang
Naza Ria. Gambar adalah bahagian belakang sebelah kanan di mana lokasi
blower set di letakkan.
 Banyak compartment yang perlu di buka untuk mengeluarkan
blower set.

Blower telah di buka. Kelihatan paip yang datang dari arah bawah.
Itu adalah paip dari compressor.

Proses mengeluarkan cooling coil dari blower set.

. Kotoran menyebabkan drain pipe tersumbat dan air

buangan akan melimpah ke lantai penumpang belakang.








PENYENGGARAAN HONDA CITY (I-VTEC) 2010


Kerja-Kerja penyelenggaraan akan di jalankan.







Papan muka kenderaan perlu dikeluarkan untuk memudahkan
kerja-kerja mengeluarkan cooling coil.



Honda City I Vtec 2010

Proses mengeluarkan papan muka (dashboard) sungguh
sulit.

Honda The Power Of Dream


PENYENGGARAAN HAWA DINGIN TOYOTA AVANZA

Membuka panel komputer box avanza. Terpaksa menggunakan grinder.
Proses mengeluarkan dashboard.
Untuk mengeluarkan blower set.
Blower untuk penumpang belakang telah di keluarkan.

KERJA-KERJA PENYENGGARAAN NAZA RIA

 Bahagian dashboard Naza Ria. Proses mengeluarkan cooling coil. Untuk membuat pemeriksaan kebocoran.
 Bahagian enjin. Sedang menjalankan ujian kebocoran pada bahagian paip.
 Didapati bahagian paip ada terdapat kebocoran. (Sunction pipe)
 Untuk mengeluarkan cooling coil,tidak perlu menanggalkan semua bahagian dashboard.
Proses mengeluarkan cooling coil.
Kerja-kerja ini mengambil masa lebih kurang 1- 2 jam. Pada pemilik-pemilk Naza Ria, boleh menghubungi AZ Autocool & Accessories sekiranya mempunyai masalah hawa dingin pada kenderaan mereka.

KERJA-KERJA PENYENGGARAAN VAN KIA PREGIO

 Inilah pemilik van.
 Proses untuk pemasangan compressor.
 Bahagian dashboard terpaksa dibuka.
 Keadaan dashboard. Untuk keluarkan Cooling Coil.
 Compressor asal.

Lagi bahagian dashboard

 Maklumat kerosakkan : 

Sistem hawa dingin didapati mengalami kebocoran pada compressor. Bahagian-bahagian lain didapati tidak mempunyai masalah.

PEMILIK WISH (JAPAN SPEC AND MALAYSIA SPEC)

Kami menyediakan khidmat nasihat untuk pemilik-pemilik Toyota Wish yang mahu membuat pemeriksaan kepada alat hawadingin kenderaan mereka. Sama ada model dari Japan atau Malaysia.

Secara ringkas sparepart aircond untuk Toyota Wish ;

Compressor
Recond                RM1050.00 siap pasang + gas R134A
Original               RM 1880.00 siap pasang + gas R134A

SELAMATKAN LAPISAN OZON





Informasi – Apa Itu Servis Air Cond? 
|
Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta. Oleh kerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond. Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.

Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil. Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke kondenser dan kompressor (rujuk gambar). Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond. (Rujuk gambar). Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan. Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.
Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air. Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil. Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula. Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas. Tabung gas berkedudukan didalam enjin dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.
Setelah cooling coil dipasang, kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor. Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung dan kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.
Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan. Secara ringkasnya servis aircond adalah mengenai:-
1)MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2)MENUKAR INJAP AIRCOND
3)MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4)MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5)MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6)MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7)MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8)TUKAR TABUNG GAS
9)MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR
Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor, hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor. Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada kompressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk. Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan. Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada kondenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis, wiring dan fius.

Nasihat Untuk Pemilik MYVI

 Kepada pemilik kenderaan PERODUA dari semenjak kenderaan ini dikeluarkan hingga sekarang. Agak-agaknya, sudah berapa kali alat penghawa dingin kenderaan tersebut di hantar kepada yang pakar untuk diselenggara.

Berikut adalah kos untuk menyelenggara penghawa dingin PERODUA MYVI.

Rm 250-Rm280.00

Kerja - kerja yang dijalankan ;

1. membuka panel hadapan kenderaan (dashboard) .
2. menanggalkan cooling coil set di tengah-tengah dashboard
3. menservis cooling coil.
4. menambah minyak compressor.
5. pemasangan semula cooling coil dan dashboard.
6. gas r134a free on.

Dan sekiranya pemilik berasa berat untuk mengeluarkan Rm 280.00. Ini adalah kos yang terpaksa ditanggung sekiranya sistem hawa dingin breakdown,,

1.compressor original Rm400.00 - Rm 600.00
2.cooling coil Rm 200.00-Rm400.00
3. kondensor Rm 300.00-Rm 400.00
4. valve Rm180.00-Rm280.00
5.flushing pipe Rm100.00-Rm150.00
6. gas r134a Rm80.00-Rm90.00

Sekian, terima kasih.


ALAT GANTI AIRCOND KENDERAAN

1. Compressor

2. Expansion Valve

3. Filter Drier

4. Preasure Switch

5. Cooling Coil

6. Kondenser

7. Kondenser Fan

8. Fan Motor (kondenser)

9. Blower Motor

10. Suction Paip

11. Charging Paip

12. Compressor Pully

Dan lain-lain yang berkaitan.

COOLING COIL



Terletak di bawah tempat letak kaki penumpang hadapan. Untuk kenderaan baru ada yang terletak di tengah-tengah dashboard. Harga dari Rm 280.00 hingga 1000.00 mengikut jenis kenderaan. Perlu dilakukan pembersihan setahun sekali.

COMPRESSOR


Terletak pada bahagian enjin. Jarang mengalami kerosakan. Tetapi perlu dijalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Harga dari Rm 300 hingga Rm 2000.00 mengikut model.

HARGA SERVIS AIRCOND

Anggaran harga servis aircond di area Johor Bahru lebih kurang RM 50.00- RM 80.00

Kalau area bandar, rasanya ada lebih sikit. Takde tukar barang, Hanya buat servis

jer dan masuk gas ( R12 atau R134A). Tapi, kalau ada tukar barang seperti filter

drier (bentuk mcm botol terletak dalam bahagian enjin warna silver atau hitam) dan

expansion valve (warna emas) jumlah lebih kurang RM 250.00 . Tapi, kalau ada

kebocoran kos nye lebih sikit. Bergantung pada alat ganti yang di tukar. Sebab tu

pengguna-pengguna kenderaan kena periksa aircond kenderaan setahun sekali. Sekurang-

kurangnya mereka dapat tahu problem yang berlaku pada aircond kenderaan mereka.

HARGA SPARE PART AIRCOND (ANGGARAN)

Harga yang di beri ini merupakan anggaran, dan harga ini adalah lebih kurang sama dengan mana-mana negeri di dalam semenanjung Malaysia.

Sekiranya perkakasan system aircond berada didalam keadaan baik, cuma pembersihan habuk-habuk dan tambahan gas yang sudah berkurangan kos nya antara RM 30 – RM80. Bergantung pada sesebuah kedai dan harga semasa barang mentah (Gas)
Sekiranya perkakasan (part) rosak caj tambahan dikenakan mengikut jenis kerosakan antaranya
- Reciever Dryer (RM 50 -70)
- Expansion valve(RM 90- 130)
- Cooling coil (RM 200 – 300)
- Condenser ( RM 250 – 350)
- Compressor ( RM 300 – 1000) mengikut model kereta dan model compressor
- Motor Kipas aircond radiator – RM 140 – RM100 (baru)
Sila semak terlebih dahulu harga-harga barangan sebelum pengantian dilakukan bagi mengelakkan kos yang tinggi. Sebaik-baiknya minta penerangan yang jelas sekiranya mekanik anda menyatakan sesuatu barang perlu ditukar.